• Home
  • About
  • Services
    • Normal Servicing
    • Maintenance Servicing
    • Mechanical Servicing
  • Pre-PUSPAKOM Inspection Service
  • Tyre Stopper
  • Contact Us
facebook instagram Tik Tok

LAAWRI WORKSHOP

Teks & Image: Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd.

Assalam & Selamat Sejahtera.

Pelanggan kami telah menghantar lori Hino P11C kerana kerosakan iaitu clutch habis.

Maintenance yang dilakukan ialah:
1. Tukar Clutch Plate baru.
2. Clutch bearing




 Proses pemasangan clutch plate. Gear box diturunkan untuk menukar clutch plate baru.



Untuk sebarang pertanyaan dan perkhidmatan kami, sila hubungi kami pada bila-bila masa sahaja. 
Kami menyediakan perkhidmatan service & maintenance 24 jam!
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Sumber: Sinar Harian 
Image: Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini, kami ingin berkongsi Cara Penjagaan Sistem Brek (sumber sila klik di sini).



1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan pam vakum). Pastikan minyak berada di paras antara minimum dan maksimum. Jangan sekali-kali memandu sekiranya paras minyak brek berada di bawah paras minimum.


2. Setiap enam bulan semasa hendak rotate tayar kereta, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Jika kita dapati pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinan tekanan yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat berbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara sama perlu dilakukan kepada brek drum.


3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran sebegini mungkin kecil tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan ke atasnya.


4. Semasa menambah minyak brek, pastikan spesifikasi minyak brek. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (bagi kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada pembalut yang diperbuat daripada getah.


5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau drum, minta mekanik menilai, sama ada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, dicadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.


6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.


7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus dari belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.


8. Jika ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan mendapat kebenaran bertulis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Syarikat insurans akan melindungi jika kemalangan berlaku disebabkan sistem brek.


9. Semasa memandu elakkan kaki daripada sentiasa berada di atas pedal brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.


10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek enjin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.


11. Sekiranya suka memandu laju dan secara agresif, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti projek U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek kepada saluran bersalut logam. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu serta tinggi dan tindak balas brek anda akan lebih cepat apabila pedal ditekan.


12. Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta  untuk ditukar minyak enjin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, kotak minyak gear, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras pedal brek dan klac, tekanan angin tayar, alignment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya.

Jangan cuma tukar minyak hitam saja kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk diservis dan kita dikenakan bayaran tinggi untuk upahnya.


Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua tak kiralah apa jua jenis kenderaan yang kita gunakan (motorsikal, kereta, lori, trailer/treler dan sebagainya).
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Teks dan Image: Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd.


Pemilik bengkel Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd. mempunyai pandangan jauh dalam bisnes bengkel yang beliau jalankan.


Pemasaran perniagaan tiada lagi sempadan!

Tak kira apa jua jenis perkhidmatan atau produk yang diniagakan, pemasaran melalui offline dan online boleh dijalankan. Malah, pemasaran secara online membuka lebih banyak peluang yang besar untuk 'menemui' pelanggan dan bakal pelanggan. 


Bermula pada bulan September 2014, Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd. telah mengorak langkah dalam pemasaran melalui blog. Terkini, kami dalam proses membina Fanpage dan Instagram untuk syarikat kami.


Bengkel Lori dan Trailer milik Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd. pasti menjadi 'pilihan' Google dan pilihan pelanggan!


Teruskan menyokong kami. Kepercayaan anda adalah penghargaan buat kami.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Teks dan Image: Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 9/10/2014 (Sabtu) lepas, iaitu sehari sebelum umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha, kami membuat kerja membaiki lori di Gopeng Perak!

Agak jauh perjalanan kami pada kali ini. Dengan keadaan jalanraya yang sesak kerana menjelangnya Hari Raya Aidiladha, namun kami tetap komited dalam menjalankan tugas kepada syarikat dan pelanggan. 

24 jam breakdown servis! Tak kira di mana jua, pada bila-bila masa sahaja, selagi staf kami mencukupi untuk masa berkenaan, kami pasti akan memberikan perkhidmatan kami.


Suasana semasa di lokasi lori tersebut tersadai. Bantuan daripada Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd. untuk pelanggan kami.


Kerja-kerja memeriksa dan membaikpulih bermula. Alhamdulillah cuaca yang sangat baik memudahkan kerja-kerja dijalankan.


Jenis Lori: Hino Validus 10 tan
Engine: J08C

Masalah/Kerosakan dihadapi:
Enjin tiba-tiba mati.

Apabila pomen memeriksa, didapati bahawa:
(1) Minyak diesel tidak naik.
(2) Filter diesel tank tersumbat

Pelanggan kami berpuas hati dengan kerja membaik pulih yang telah dijalankan. Untuk sebarang pertanyaan dan perkhidmatan membaik pulih/servis lori dan trailer, anda boleh hubungi kami pada bila-bila masa sahaja.

Semoga anda menikmati hari yang produktif!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum.

Semasa berada di jalanraya atau lebuhraya, pasti ada antara kita rasa kecut perut bila melihat trailer. Mana tak kecut perut kan... trailer tu besar! Bayangkan kalau kita naik motorsikal atau kereta yang kecil, terasa kerdilnya. Seramnya!

Kalau boleh, nak berada jauh daripada trailer. Jangankan trailer, lori pun kita dah gerun tengok. Maklumlah, semakin meningkat kes kemalangan jalanraya yang melibatkan nyawa melayang bila berlakunya kemalangan melibatkan trailer dan lori. Nauzubillah.


Namun begitu, industri memerlukan khidmat daripada trailer dan lori. Tanpa trailer dan lori, bagaimana nak bawa muatan berat dan besar dari satu lokasi ke lokasi lain. Pasti lumpuh industri dan ekonomi negara.


Hari ni, saya nak share beberapa gambar trailer yang menarik untuk tatapan kita bersama. Oh! Anda peminat trailer? Atau 'penakut' dengan trailer. Tak kisah peminat atau penakut, enjoy it!





Semoga semua pemandu di Malaysia sentiasa mengamalkan nilai positif semasa memandu, mematuhi peraturan dan paling utama sabar!

Kerana kebanyakan punca kemalangan bukan kerana besarnya kenderaan, tetapi sikap pemandu yang tidak sabar. Sedikit kesabaran yang kita tanamkan dalam diri, InsyaAllah mampu menyelamatkan nyawa dan harta.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Teks & Image: Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd


Anda atau syarikat anda menggunakan lori dan/atau trailer sebagai pengangkutan dalam menjalankan perniagaan anda?


Sekiranya anda atau syarikat memerlukan perkhidmatan bengkel lori dan trailer khususnya sekitar Shah Alam, Selangor, dan SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.

 Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa sahaja. Kami menyediakan perkhidmatan breakdown service 24 JAM sehari.


Berikut adalah perkhidmatan yang bengkel kami tawarkan:

Servicing, Repairs and Maintenance for:
Trucks and lorries
Trailers
Preparation for Puspakom Inspection
Painting for prime movers and trailers
24 hours Mechanical Breakdown service
24 hours tire breakdown service

Anda juga boleh melantik Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd. sebagai 'bengkel panel' syarikat anda. 

Kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan kami!

Hubungi kami segera melalui:

Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd.
No. 7, Lot 3630, Lorong Ikan Toman
kg Bukit Lanchong
Subang Jaya, Selangor

Tel: 03 - 5191 8335
Email: legacyaaworkshop@gmail.com
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Image: Google
Sumber Teks: 9 Tips Menjaga Keselamatan Tayar


SELAIN enjin dan brek, tayar adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Kedegilan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar yang tidak berbunga boleh mengundang masalah di jalan raya.
Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan itu serta permukaan jalan yang ada kalanya tidak rata.
Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan. Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tips keselamatan tayar kepada pemandu.


Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:
1) Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.

2) Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi. Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan ketika
tayar dalam keadaan sejuk.

3) Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.
4) Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
5) Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.
6) Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan serius.
7) Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara.
8) Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.
9) Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya. Ia bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin membeli tayar baru.

Ingat ya, tayar adalah satu bahagian yang sangat penting untuk menjamin keselamatan anda.

Credit to www.jagakereta.com
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Teks: Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd.
Image: Google

Salam dan Selamat Sejahtera.

Anda peminat lori? 
Atau anda adalah individu yang terlibat dalam industri atau pekerjaan berkaitan dengan lori? 

Kami yakin, maklumat mengenai lori dan kenderaan berat adalah sesuatu yang sangat menarik untuk kita terokai!

Hari ini, Admin blog Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd. ingin berkongsi gambar Lori Scania (sumber Google) untuk merehatkan minda dan menambah pengetahuan berkaitan Lori Scania. 

Jom! Kita sama-sama 'cuci mata' dengan kenderaan pelbagai guna ini!







Kami di Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd. mempunyai mekanik yang berkemahiran membaiki/servis Lori Scania. Kami menyediakan 24 jam breakdown service untuk kemudahan pengguna lori Scania yang memerlukan perkhidmatan terutamanya sewaktu kecemasan.

Hubungi kami untuk perkhidmatan terbaik!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Salam & Selamat Sejahtera.

Hari ini, kami ingin berkongsi beberapa gambar dan kerja servis dan maintenance Lori Primemover Hino SG2P (Engine P11C).

Pemandu lori tersebut memaklumkan bahawa temperature naik.


Mekanik memeriksa aliran air. Kemudian radiator dihantar untuk servis.



Gambar menunjukkan tangki radiator yang telah di servis.



Mekanik sedang dalam proses untuk memasang kembali radiator ke tempatnya.

Sekiranya anda/syarikat anda memerlukan perkhidmatan daripada kami, anda boleh hubungi:

Hubungi Hotline:
017 - 429 2606 / 
010 -552 6067

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About Us

About MeTruck & Trailer Services & Repair

- Inspection PUSPAKOM
- Touch Up & Painting

Office: 03 - 5892 2950

Hotline: 017 - 429 2606
H/P: 017 - 205 8420 / 010 - 552 6067
(Cik Zalikha)

Lot 2989, Persiaran Sungai Hampar
Jalan Kebun
Seksyen 32, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • Tik Tok

Recent Posts

Popular Posts

  • Bengkel Lori di Shah Alam
  • Bengkel Lori di Shah Alam, Selangor
  • Bengkel Lori
  • Kenapa Setiap Lori 'Wajib' Ada Tyre Stopper?
  • Pemasangan Cermin Tingkap Lori

Facebook

Blog Archive

  • May 2025 (1)
  • March 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (6)
  • December 2023 (3)
  • November 2023 (6)
  • August 2023 (8)
  • July 2023 (4)
  • June 2023 (9)
  • May 2023 (9)
  • April 2023 (5)
  • March 2023 (3)
  • February 2023 (3)
  • January 2023 (4)
  • December 2022 (2)
  • November 2022 (6)
  • October 2022 (3)
  • August 2022 (2)
  • July 2022 (31)
  • June 2022 (12)
  • May 2022 (1)
  • March 2020 (4)
  • February 2020 (3)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (7)
  • November 2019 (3)
  • October 2019 (7)
  • August 2019 (12)
  • July 2019 (8)
  • January 2019 (3)
  • October 2018 (1)
  • July 2018 (1)
  • September 2017 (1)
  • July 2017 (2)
  • April 2017 (2)
  • March 2017 (3)
  • October 2015 (16)
  • September 2015 (9)
  • August 2015 (6)
  • July 2015 (11)
  • June 2015 (9)
  • May 2015 (8)
  • April 2015 (8)
  • March 2015 (13)
  • February 2015 (8)
  • January 2015 (18)
  • December 2014 (12)
  • November 2014 (7)
  • October 2014 (9)
  • September 2014 (3)
Powered by Blogger.

Categories

  • Bengkel Lori Terbaik
  • Bengkel Treler
  • Breakdown Servicing
  • Catatan Harian
  • Catatan Motivasi dan Rohani
  • Clutch Plate
  • Covid-19
  • Laawri Workshop
  • Legacy AA Auto Workshop
  • Lori
  • Lori Hino
  • Lori Inokom
  • Lori MAN
  • Lori Nissan
  • Lori Normal Servicing
  • Lori Scania
  • Lori Scania Baru
  • Lorry Service & Maintenance
  • Lorry Workshop Near Me
  • Maintainance Servicing
  • Major Servicing
  • Mechanical Servicing
  • Mekanikal & Anda
  • PUSPAKOM
  • Panduan Penjagaan Kenderaan
  • Penyendal Tayar Lori
  • Perkongsian Maklumat Am
  • Pre PUSPAKOM Inspection Service
  • Preparation for PUSPAKOM Inspection
  • Repair Treler
  • Tayar
  • Tayar Lori
  • Tips dan Panduan di Jalanraya
  • Tyre Stopper
  • Tyre Stopper By LAAWRI WORKSHOP
  • Wooden Stopper
  • Workshop Lori
  • Workshop Near Me
  • baiki lori
  • bengkel
  • bengkel bas
  • bengkel bas di shah alam
  • bengkel di shah alam
  • bengkel lori
  • bengkel lori di shah alam
  • bengkel trailer
  • bengkel trailer shah alam
  • bengkel treler di Shah Alam
  • bisnes online
  • brek kenderaan
  • clutch
  • engine overhaul
  • enjin lori
  • gearbox
  • inspection
  • lampu brek
  • lori Mitsubishi
  • lori breakdown
  • lori breakdown 24 jam servis
  • lori isuzu
  • lori rosak
  • lori volvo
  • maintenance
  • mekanik lori
  • mekanik trailer
  • minyak hitam lori
  • mudguard pecah
  • online bisnes
  • power steering box
  • power window
  • repair
  • repair bas
  • repair lori
  • selangor
  • service
  • servis lori
  • shah
  • shah alam
  • tips jaga kenderaan
  • tips jimat minyak
  • trailer
  • treler
  • welding lori
  • workshop

Created with by ThemeXpose