Membaiki Lori Breakdown di Gopeng Perak!

by - October 13, 2014

Teks dan Image: Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 9/10/2014 (Sabtu) lepas, iaitu sehari sebelum umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha, kami membuat kerja membaiki lori di Gopeng Perak!

Agak jauh perjalanan kami pada kali ini. Dengan keadaan jalanraya yang sesak kerana menjelangnya Hari Raya Aidiladha, namun kami tetap komited dalam menjalankan tugas kepada syarikat dan pelanggan. 

24 jam breakdown servis! Tak kira di mana jua, pada bila-bila masa sahaja, selagi staf kami mencukupi untuk masa berkenaan, kami pasti akan memberikan perkhidmatan kami.


Suasana semasa di lokasi lori tersebut tersadai. Bantuan daripada Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd. untuk pelanggan kami.


Kerja-kerja memeriksa dan membaikpulih bermula. Alhamdulillah cuaca yang sangat baik memudahkan kerja-kerja dijalankan.


Jenis Lori: Hino Validus 10 tan
Engine: J08C

Masalah/Kerosakan dihadapi:
Enjin tiba-tiba mati.

Apabila pomen memeriksa, didapati bahawa:
(1) Minyak diesel tidak naik.
(2) Filter diesel tank tersumbat

Pelanggan kami berpuas hati dengan kerja membaik pulih yang telah dijalankan. Untuk sebarang pertanyaan dan perkhidmatan membaik pulih/servis lori dan trailer, anda boleh hubungi kami pada bila-bila masa sahaja.

Semoga anda menikmati hari yang produktif!

You May Also Like

0 comments