Trailer

by - October 09, 2014

Assalamualaikum.

Semasa berada di jalanraya atau lebuhraya, pasti ada antara kita rasa kecut perut bila melihat trailer. Mana tak kecut perut kan... trailer tu besar! Bayangkan kalau kita naik motorsikal atau kereta yang kecil, terasa kerdilnya. Seramnya!

Kalau boleh, nak berada jauh daripada trailer. Jangankan trailer, lori pun kita dah gerun tengok. Maklumlah, semakin meningkat kes kemalangan jalanraya yang melibatkan nyawa melayang bila berlakunya kemalangan melibatkan trailer dan lori. Nauzubillah.


Namun begitu, industri memerlukan khidmat daripada trailer dan lori. Tanpa trailer dan lori, bagaimana nak bawa muatan berat dan besar dari satu lokasi ke lokasi lain. Pasti lumpuh industri dan ekonomi negara.


Hari ni, saya nak share beberapa gambar trailer yang menarik untuk tatapan kita bersama. Oh! Anda peminat trailer? Atau 'penakut' dengan trailer. Tak kisah peminat atau penakut, enjoy it!





Semoga semua pemandu di Malaysia sentiasa mengamalkan nilai positif semasa memandu, mematuhi peraturan dan paling utama sabar!

Kerana kebanyakan punca kemalangan bukan kerana besarnya kenderaan, tetapi sikap pemandu yang tidak sabar. Sedikit kesabaran yang kita tanamkan dalam diri, InsyaAllah mampu menyelamatkan nyawa dan harta.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

You May Also Like

0 comments