• Home
  • About
  • Services
    • Normal Servicing
    • Maintenance Servicing
    • Mechanical Servicing
  • Pre-PUSPAKOM Inspection Service
  • Tyre Stopper
  • Contact Us
facebook instagram Tik Tok

LAAWRI WORKSHOP

Jenis Lori: Hino Validus J08C

Kerosakan: Brek




Setelah diperiksa, didapati bahawa brek pump belakang kanan bocor.


Brek pump yang telah ditukar.


Hubungi LAAWRI WORKSHOP untuk perkhidmatan service & maintenane lori dan treler.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Anda mahukan tips paling jimat untuk penyelenggaraan lori?


Kami di LAAWRI WORKSHOP ingin berkongsi tips yang sangat mudah ini.

1. Servis setiap bulan atau bila cukup kilometernya.
- Major servis atau minor servis.

2. Setiap kali lori diservis, lori akan diperiksa secara keseluruhannya.
- Kerosakan besar dapat dielak, dan penukaran alat ganti boleh ditukar secara berperingkat.

Kos baikpulih dapat dijimatkan lebih berganda.

Selamat mempraktikkan tips ini.

LAAWRI WORKSHOP
Your Truck Our Best Mate
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Berikut ialah 3 Tips bila berhadapan dengan lori yang mungkin bermanfaat buat anda.

1. Bila berada di jalanraya, jangan mengikut lori terlalu rapat.

2. Bila berhenti di traffic light, pastikan jarak kereta dan lori anda tidak terlalu dekat, kerana mungkin risiko lori terundur amatlah besar.

3. Bila mahu memotong lori, pastikan ada ruang kosong di hadapan lori selang sebiji kereta, lori mengambil lajakan yang besar walau menekan brek secara mengejut.

Sayangi nyawa anda.

Tips ini dibawakan oleh;
LAAWRI WORKSHOP
Your Truck - Our Best Mae
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat 17hb Julai 2015. Kami di LAAWRI WORKSHOP pasti kita semua semakin teruja untuk menyambut hari kemenangan bagi Umat Islam. 

Pulang ke kampung halaman adalah agenda utama yang menjadi kemestian buat kebanyakan daripada kita. Inilah masa untuk bertemu ibu bapa, kaum keluarga dan sahabat handai.

Bagi yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung atau ke mana jua, kami di LAAWRI WORKSHOP ingin memberikan pesanan kasih sayang kepada anda berkenaan pemanduan kenderaan.

Pemanduan berhemah dan penuh kesabaran mampu menyelamatkan nyawa dan kenderaan anda dan orang lain.

Berhati-hati di jalanraya.


Tindakan anda menentukan masa depan anda dan insan tersayang. Semoga kepulangan kita adalah kepulangan yang diraikan dengan kesyukuran dan kegembiraan.




Pesanan Ikhlas daripada;
LAAWRI WORKSHOP
Your Truck - Our Best Mate
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pernah alami situasi di mana lori yang membawa muatan berisi pasir yang tidak ditutup penghadang atau kain dengan sempurna menyebabkan cermin kenderaan anda pecah akibat terkena pasir yang terkeluar daripada lori?

Situasi ini bukan sahaja boleh merosakkan kenderaan kita, bahkan juga membahayakan nyawa!

Bagaimana untuk mengelakkan kejadian sebegini berlaku pada kenderaan kita?

Caranya mudah sahaja.
Nampak sahaja lori bawa muatan pasir, sila jarakkan kenderaan anda dari lori tersebut.


Mudah bukan?
Jika kita tak jaga kenderaan kita, siapa lagi nak jaga?



Tips ini dibawakan oleh;
LAAWRI WORKSHOP
Your Truck - Our Best Mate
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sekarang musim hujan dan panas yang tidak menentu. Apa kaitan cuaca dengan penjagaan tayar kenderaan?

Tayar yang masih elok sangat penting untuk keselamatan terutamanya pada hari hujan. Banyak kes kemalangan yang berlaku semasa hari hujan berpunca daripada tayar. Kecuaian pemilik kenderaan boleh mengancam keselamatan.

Bilakah kali terakhir anda memeriksa tayar kenderaan anda?
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga. Cuba periksa tayar kereta anda. 


Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.


Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

tyres

Pertama
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.


Kedua
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.


Ketiga
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

Keempat
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

Kelima
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.


Keenam
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.



Sumber Maklumat: http://www. kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
LAAWRI WORKSHOP bukan sahaja menyediakan perkhidmatan baikpulih dan serbis lori dan treler yang mengalami kerosakan major, tetapi juga kerosakan minor. 


Contohnya ialah kami memberikan perkhidmatan menukar mudguard yang pecah kepada mudguard baru.


Berikut ialah contoh kerja menukar mudguard yang dijalankan ke atas lori pelanggan LAAWRI WORKSHOP.

Mudguard pecah pada bahagian belakang kiri



Proses pemasangan mudguard baru sedang dilakukan.


Selepas pemasangan mudguard baru. 

Hubungi LAAWRI WORKSHOP untuk mendapatkan perkhidmatan daripada kami.


LAAWRI WORKSHOP
Your Truck - Our Best Mate

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
SUMBER:
http://www.cerminkereta.my/2014/08/cara-cara-menjaga-cermin-kereta-hadapan.html

Jangan pakai rain repellent pada cermin kereta anda kerana ia akan berbunyi setiap kali anda mengunakan wiper. Pemukaan cermin kereta akan menjadi kasar dan menjadikan penglihatan cermin kereta tidak jelas.



Tujuan kami bukan memburukan rain repellent (chemical bilas air), tujuan kami adalah mengemukakan side effect dari pandangan kami. Kami telah mengunakannya sebelum ini.




 
 Rain Repellent

Wiper cermin haruslah sering dibersihkan supaya getah wiper tidak mengandungi pasir-pasir halus yang boleh mencalarkan cermin kereta anda.


Cermin yang calar dinasihatkan Jangan Polish kerana ia akan memburukan keadaan.


Wiper yang baik bukan sahaja cantik tetapi ia juga senyap dan bersih.
Kami ada jual wiper yang berjenama.


Laman web apro: http://www.hstkorea.co.kr/eng/index.asp

Getah wiper yang sudah luput, rosak hendaklah ditukar secepat mungkin untuk mengekalkan cermin kereta daripada calar.

Tempat yang akan mencalarkan cermin kereta anda

Cermin kereta yang retak hendaklah baiki sebelum retakan cermin kereta berterusan.
Lihat http://tukarcermin.blogspot.com/2014/08/baiki-cermin.html untuk maklumat lebih lanjut.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Harga minyak kenderaan naik lagi? Kami ingin kongsikan sebuah artikel menarik yang ditulis oleh blogger Hidup Ringkas.com iaitu 5 Langkah Mudah Jimat Minyak Kereta:

Berikut 5 langkah mudah untuk jimat minyak kereta:


1. Buka boot kereta dan kosongkan 

Ini langkah mula yang cukup mudah dan penting untuk kita laksanakan. Ada orang yang suka sumbat macam-macam benda ke dalam boot keretanya. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk teruskan aktiviti tersebut. Untuk jimat minyak kereta, anda mesti kurangkan beban yang dibawa oleh kereta. Jika sukar untuk kurangkan berat badan sendiri, maka kurangkanlah berat bebanan barang yang dibawa oleh kereta anda. Kotak barang, set golf, besi buruk dan lain-lain sila humban keluar dengan segera.



2. Jangan isi minyak penuh

Ya! anda lancarkan perjalanan kereta jika isi minyak separuh sahaja dari ‘full tank’. Berat akan berkurangan sebanyak 0.7 kilo setiap satu liter yang anda kurangkan. Jika kita kurangkan 10 liter, bermakna berat kereta berkurangan sebanyak 7 kilo!. Kita boleh jimat minyak kereta bila bebanan berkurangan.



3. Masukkan angin ngam dengan tayar
Jangan biarkan walau sedikitpun tayar kempis untuk jimat minyak kereta. Tayar kempis membebankan enjin untuk tarik kereta berjalan. Baca panduan pada tayar atau pada spesifikasi kereta jumlah angin yang sesuai. Anda boleh lihat pada sticker dekat frame pintu kereta untuk ketahui had angin optimum.



4. Pergi servis kereta ikut jadual 
Jangan lupa buat tuning kereta ke tahap optimum yang sesuai setiap kali servis. Lancarkan engin dengan tukar minyak enjin ikut jadual. Kelancaran enjin membuatkan pembakaran optimum dan sekali gus anda boleh jimat minyak kereta. Di samping itu minyak enjin yang sesuai juga penting untuk kelancarannya. Semak dengan pakar atau pembuat kereta anda.



5. Ubah cara memandu 
Pastikan anda tak bawa laju dengan melihat rpm sentiasa di bawah 2500 rpm. Pakai gear tinggi dengan segera, tukar gear sebelum 1500 rpm. Gear tinggi menjimatkan minyak. Bila berhenti pula jangan mengejut. Selangkah demi selangkah adalah lebih baik. Ini bermakna jangan tekan minyak untuk laju bila nampak lampu orange dan terpaksa brake mengejut sebab tak lepas. Jangan main brake tanpa sebab, ini membebankan kereta, oleh itu berhati-hati dan peka banyak membantu.


SUMBER & CREDIT TO: 
http://hidupringkas.com/hidup-ringkas/5-langkah-jimat-minyak-kereta/
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Blog LAAWRI WORKSHOP bukan sahaja berkongsi kerja-kerja di bengkel kami, tetapi kami komited untuk memberikan tips, perkongsian berkaitan kenderaan, isu semasa, motivasi dan kerohanian.


Kami menghargai kunjungan anda ke blog kami. 
Terima kasih daripada kami.


LAAWRI WORKSHOP
Your Truck - Our Best Mate

Image: Google 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About Us

About MeTruck & Trailer Services & Repair

- Inspection PUSPAKOM
- Touch Up & Painting

Office: 03 - 5892 2950

Hotline: 017 - 429 2606
H/P: 017 - 205 8420 / 010 - 552 6067
(Cik Zalikha)

Lot 2989, Persiaran Sungai Hampar
Jalan Kebun
Seksyen 32, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • Tik Tok

Recent Posts

Popular Posts

  • Bengkel Lori di Shah Alam
  • Bengkel Lori di Shah Alam, Selangor
  • Bengkel Lori
  • Kenapa Setiap Lori 'Wajib' Ada Tyre Stopper?
  • Pemasangan Cermin Tingkap Lori

Facebook

Blog Archive

  • May 2025 (1)
  • March 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (6)
  • December 2023 (3)
  • November 2023 (6)
  • August 2023 (8)
  • July 2023 (4)
  • June 2023 (9)
  • May 2023 (9)
  • April 2023 (5)
  • March 2023 (3)
  • February 2023 (3)
  • January 2023 (4)
  • December 2022 (2)
  • November 2022 (6)
  • October 2022 (3)
  • August 2022 (2)
  • July 2022 (31)
  • June 2022 (12)
  • May 2022 (1)
  • March 2020 (4)
  • February 2020 (3)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (7)
  • November 2019 (3)
  • October 2019 (7)
  • August 2019 (12)
  • July 2019 (8)
  • January 2019 (3)
  • October 2018 (1)
  • July 2018 (1)
  • September 2017 (1)
  • July 2017 (2)
  • April 2017 (2)
  • March 2017 (3)
  • October 2015 (16)
  • September 2015 (9)
  • August 2015 (6)
  • July 2015 (11)
  • June 2015 (9)
  • May 2015 (8)
  • April 2015 (8)
  • March 2015 (13)
  • February 2015 (8)
  • January 2015 (18)
  • December 2014 (12)
  • November 2014 (7)
  • October 2014 (9)
  • September 2014 (3)
Powered by Blogger.

Categories

  • Bengkel Lori Terbaik
  • Bengkel Treler
  • Breakdown Servicing
  • Catatan Harian
  • Catatan Motivasi dan Rohani
  • Clutch Plate
  • Covid-19
  • Laawri Workshop
  • Legacy AA Auto Workshop
  • Lori
  • Lori Hino
  • Lori Inokom
  • Lori MAN
  • Lori Nissan
  • Lori Normal Servicing
  • Lori Scania
  • Lori Scania Baru
  • Lorry Service & Maintenance
  • Lorry Workshop Near Me
  • Maintainance Servicing
  • Major Servicing
  • Mechanical Servicing
  • Mekanikal & Anda
  • PUSPAKOM
  • Panduan Penjagaan Kenderaan
  • Penyendal Tayar Lori
  • Perkongsian Maklumat Am
  • Pre PUSPAKOM Inspection Service
  • Preparation for PUSPAKOM Inspection
  • Repair Treler
  • Tayar
  • Tayar Lori
  • Tips dan Panduan di Jalanraya
  • Tyre Stopper
  • Tyre Stopper By LAAWRI WORKSHOP
  • Wooden Stopper
  • Workshop Lori
  • Workshop Near Me
  • baiki lori
  • bengkel
  • bengkel bas
  • bengkel bas di shah alam
  • bengkel di shah alam
  • bengkel lori
  • bengkel lori di shah alam
  • bengkel trailer
  • bengkel trailer shah alam
  • bengkel treler di Shah Alam
  • bisnes online
  • brek kenderaan
  • clutch
  • engine overhaul
  • enjin lori
  • gearbox
  • inspection
  • lampu brek
  • lori Mitsubishi
  • lori breakdown
  • lori breakdown 24 jam servis
  • lori isuzu
  • lori rosak
  • lori volvo
  • maintenance
  • mekanik lori
  • mekanik trailer
  • minyak hitam lori
  • mudguard pecah
  • online bisnes
  • power steering box
  • power window
  • repair
  • repair bas
  • repair lori
  • selangor
  • service
  • servis lori
  • shah
  • shah alam
  • tips jaga kenderaan
  • tips jimat minyak
  • trailer
  • treler
  • welding lori
  • workshop

Created with by ThemeXpose