Rutin Harian Yang Perlu Diamalkan Sebelum Memulakan Pemanduan Lori

by - November 04, 2019


Setiap hari, jadikan rutin untuk memeriksa keadaan lori anda sebelum start engine dan memulakan perjalanan:

1. Beri salam kepada lori kalian, kerana lori itu membawa nyawa kita, bersapa mesralah dengannya. Minta lori membawa pemandu lori dan muatan pelanggan dengan selamat, pergi dan pulang dengan selamat.

2. Pusing keliling lori, tengok keadaannya seperti biasa atau ada yang tidak kena.

3. Tengok semua tayar cukup angin atau tidak, kadang-kadang perkara ini kita tidak perasan.

4. Check minyak hitam - periksa level minyak hitam cukup atau perlu ditambah.

5. Check air di radiator tank - ini penting untuk mengelakkan air tetiba kering dan memberi kerosakan yang lebih besar nanti.

6. Check air bateri.

7. Check wiper berfungsi dengan elok atau tidak - bersedia jika hujan yang tak pernah dijangka.

8. Check semua lampu, lampu signal, lampu malam berfungsi dengan elok.

9. Dah check keseluruhan lori, start-lah engine dan check brake juga. Pastikan brake berfungsi dengan baik.


Selamat memulakan perjalanan dengan gembira dan berhati hati semasa memandu. Orang tersayang sentiasa menunggu tunggak keluarganya.

Lori dalam keadaan baik
Pemandu selamat
Kargo sampai tepat masanya
Keluarga gembira
Bos pun gembira kerana menjaga lorinya dengan baik.

You May Also Like

0 comments