3 Aspek Asas Menjaga Keselamatan Lori

by - October 31, 2019

Seringkali terjadinya kerosakan lori adalah berpunca daripada kegagalan atau kecuaian dalam menjaga aspek keselamatan lori itu sendiri. Contohnya ialah tidak menjalani pemeriksaan lori secara berkala, tidak mengambil endah apabila terasa ketidakselesaan semasa pemanduan dan sebagainya. 


Ini antara penyebab berlakunya kerosakan pada lori yang boleh membawa padah, bukan sahaja kepada pemandu dan kelindan lori, malah kepada orang lain sekiranya berlakunya kemalangan jalanraya. Ia amat menakutkan, kerana kemalangan jalanraya yang melibatkan lori selalunya berakhir dengan kemalangan ngeri yang seringkali mengorbankan nyawa. 


Kami di LAAWRI Workshop ingin berkongsi 3 asas aspek menjaga keselamatan lori, untuk dijadikan panduan buat para pemilik lori, pemandu, kelindan dan untuk pengetahuan umum. Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat untuk semua yang membacanya. 


3 Aspek Asas Menjaga Keselamatan Lori:

1. Jangan sesekali mengubahsuai lori secara haram semata-mata untuk membuatkan lori boleh membawa lebih banyak muatan.

2. Jangan membawa lebih muatan. 

3. Hantar lori ke bengkel untuk pemeriksaan berkala bagi memastikan keseluruhan lori berada dalam keadaan baik dan selamat untuk dipandu dan membawa muatan. 


Untuk itu, jadikan 3 aspek asas penjagaan lori ini sebagai rutin dan disiplin yang perlu diamalkan setiap masa. Nantikan tips seterusnya dari kami dalam posting akan datang. Semoga ianya bermanfaat buat semua. 



For any inquiry, please call our hotline: 
017 - 429 2606 / 010 - 552 6067

LAAWRI WORKSHOP
Your Truck - Our Best Mate




You May Also Like

0 comments