Berhati-hati Di Jalan Raya
Berhati-hati di jalan raya.
Jangan jadikan jalan raya sebagai medan menempah maut. Memang benar, malang tidak berbau. Jika telah ditakdirkan berlaku kemalangan jalan raya, ia tidak dapat di elak. Namun begitu, kita mestilah berusaha untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Ada takdir yang boleh di ubah, dan ada juga takdir yang tidak boleh di ubah. Pilihan untuk selamat masih boleh kita buat semasa berada di jalanraya. Jadi, sama-samalah kita menjaga diri, orang lain, kenderaan dan harta-benda semasa berada di jalan raya.
Gambar sekadar hiasan. Credit to: utusan.com.my |
Patuhi peraturan jalan raya. Amalkan disiplin dan bersabar. Jangan jadikan kepulangan kita kepada yang tersayang sebagai kepulangan yang ditangisi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sayangi diri. Sayangi orang lain. Sedikit sahaja kecuaian atau sikap tidak sabar boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Jadilah individu dan ahli masyarakat yang bertanggungjawab.
Semoga pesanan khidmat masyarakat dari kami di LAAWRI Workshop ini bermanfaat untuk kita semua.
0 comments