10 Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan

by - July 29, 2022

Kita selalu dengar ungkapan "malang tidak berbau." 


Ya, memang benar. Kemalangan atau perkara yang akan berlaku kita tidak tahu. Kerana kita hanya manusia yang tidak dapat melihat perkara atau takdir yang akan berlaku walaupun sesaat ke depan. 


Namun begitu, kita perlu berikhtiar dan berusaha untuk menjaga diri, orang lain dan harta benda daripada berlakunya sebarang musibah, kerosakan atau kemalangan. Justeru itu, ungkapan mencegah adalah lebih baik daripada mengubati perlu kita jadikan amalan dalam kehidupan seharian kita. 


Begitu juga dengan risiko kemalangan jalan raya. Ia boleh berlaku di mana sahaja dan dengan apa cara sekalipun. Oleh itu kita perlu mengetahui tips untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya agar ia dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya. 



Kami di LAAWRI WORKSHOP ingin kongsikan 10 tips mengelakkan kemalangan jalan raya untuk kita sama-sama jadikan panduan. 


10 Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya:

  1. Lakukan pemeriksaan kenderaan.
  2. Lakukan penyenggaraan kenderaan secara berkala.
  3. Waspada dengan keadaan jalan raya
  4. JANGAN memandu dalam keadaan mabuk.
  5. Peka terhadap keadaan sekeliling.
  6. Gunakan lampu isyarat dengan betul.
  7. Patuhi had kelajuan.
  8. Peka dengan titik buta.
  9. JANGAN memandu terlalu dekat.
  10. Patuhi peraturan jalan raya. 

Kami kongsikan tips di atas secara ringkas sahaja, kerana kami pasti ia adalah perkara asas yang kita telah ketahui. Ketahui saja tidak mencukupi sekiranya kita tidak menjadikan ia sebagai amalan atau disiplin dalam diri kita. 


Semoga dengan sedikit sumbangan kita dalam mematuhi peraturan jalan raya dapat membantu diri kita sendiri dan orang lain menjaga keselamatan nyawa, kenderaan dan harta benda. Jom sama-sama jadi individu dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. 





Setiap nyawa adalah terlalu berharga. Sedikit kecuaian atau kita tidak patuh pada peraturan jalan raya boleh menyebabkan hilangnya nyawa. Jadikan kepulangan kita kepada yang tersayang adalah kepulangan yang disambut dengan tawa riang, bukannya dengan tangisan.


Image: Credit to Google & Pixabay

You May Also Like

0 comments