5 Tips Asas Penjagaan Tayar Yang Patut Kita Tahu

by - July 14, 2022

Tayar kenderaan adalah salah satu komponen yang sangat penting untuk diberikan perhatian oleh pemilik kenderaan kerana ia satu-satunya bahagian kenderaan yang bersentuhan dengan jalan. 



Sekiranya berlaku kerosakan pada tayar kenderaan, ia boleh menjejaskan:

  • Keberkesanan brek
  • Pengendalian dan pecutan
  • Keselamatan 

Oleh itu, kita perlu menjadikan rutin untuk memeriksa tayar kenderaan secara berkala dan sebelum memulakan pemanduan. 



Berikut ialah 5 tips asas penjagaan tayar yang patut kita tahu:


1. Periksa tayar kenderaan.
Periksa untuk mencari kerosakan fizikal pada permukaan dan dinding tayar. Kerosakan pada tayar boleh menyebabkan kehilangan tekanan angin, pecah atau meletup. Tayar simpanan juga perlu diperiksa. 


2. Kedalaman bunga tayar
Pasti kita tahu istilah tayar botak dan bahaya jika memandu dengan tayar botak terutamanya ketika hujan atau permukaan jalan yang basah. Bagaimana caranya untuk ukur kedalaman bunga tayar jika kita ada alat pengukur kedalaman tayar? Caranya mudah sahaja, iaitu cari penunjuk kedalaman bunga tayar yang terdapat pada alur tayar. Pastikan ia tidak sama tinggi dengan bunga tayar. 


3. Ujian duit siling
Sekiranya kita masih tidak jumpa penunjuk kedalaman bunga tayar, boleh gunakan duit siling 20 sebagai alat untuk uji kedalaman bunga tayar. Caranya ialah letakkan duit siling 20 sen di dalam alur tayar. Jika perkataan "sen" tidak kelihatan, kita perlu gantikan tayar baru. Untuk info, kedalaman bunga tayar minimum ialah 1.6 mm.


4. Tekanan tayar
Pernah tak kita rasa pelik kenapa jangka hayat tayar kita tak lama? Anda boleh cuba tips ini iaitu kekalkan tekanan angin yang betul. Menjaga tekanan angin tayar yang betul juga boleh menghasilkan pengendalian dan ekonomi bahan api yang lebih baik. 



5. Bajet untuk tayar 
Bajet juga memainkan peranan penting dalam pemilihan tayar. Belilah tayar yang berkualiti kerana ia akan digunakan untuk jangkamasa panjang dan untuk keselamatan. Anggaplah membeli tayar yang berkualiti adalah investment untuk diri sendiri, orang lain dan kenderaan. 


Semoga tips yang dikongsikan ini bermanfaat untuk penjagaan tayar kenderaan. 


Untuk pemeriksaan atau servis lori, anda boleh hubungi LAAWRI Workshop di hotline: 017 - 429 2606 / 010 - 552 6067.



Your Truck - Our Best Mate 

You May Also Like

0 comments