Tyre Stopper

by - June 08, 2022


Apakah Tyre Stopper

Tyre stopper merupakan salah satu alat keselamatan untuk lori.



Kegunaan dan Kepentingan Tyre Stopper

Semasa lori di parking, akan ada risiko angin brake kurang atau handbrake tidak berfungsi dengan baik. Pemandu lori mungkin tidak menyedari bahawa kedua-dua kemungkinan ini boleh berlaku setelah lori di parking.


Situasi ini boleh menyebabkan risiko lori bergerak atau meluncur dan melanggar lori lain. Ia juga berbahaya kepada orang yang berada berhampiran dengan lori. Risiko kemalangan dan kerosakan boleh berlaku tanpa diduga akibat daripada lori bergerak walaupun telah di parking.


Namun begitu, ada alat yang boleh digunakan untuk membantu mengatasi risiko ini, iaitu dengan menggunakan tyre stopper.



Bagaimana Tyre Stopper Digunakan?

Sebagai langkah keselamatan, tyre stopper akan di sendal di tayar bagi mengelakkan lori dari terus meluncur dan melanggar lori lain atau objek yang berada di depannya (termasuklah manusia).


Apabila tyre stopper di sendal di tayar, tayar tidak dapat bergerak walaupun angin brake kurang atau handbrake tidak berfungsi.


Tyre stopper sangat mudah digunakan. Ia hanya perlu diletakkan dan di sendal di tayar setelah lori di parking.


 
Adakah Penggunaan Tyre Stopper Berkesan sebagai Langkah Keselamatan?

Ya.

Penggunaan tyre stopper adalah langkah keselamatan yang sangat berkesan, praktikal, dan boleh diperolehi dengan harga yang sangat berpatutan. Oleh sebab itu, kebanyakan syarikat logistik mewajibkan setiap lori dan treler mempunyai sekurang-kurangnya 1 set tyre stopper bagi menjaga keselamatan di tempat kerja.


Tyre Stopper by LAAWRI Workshop

Menyedari bahawa ‘’Safety Comes First’’ dan untuk membantu pemilik lori, syarikat-syarikat logistik dan warehouse yang memerlukan tyre stopper, kami di LAAWRI Workshop telah mengambil inisiatif untuk membuat dan merekabentuk tyre stopper dengan rekaan, bahan berkualiti dan saiz yang sangat sesuai untuk digunakan oleh semua jenis lori dan treler.


Kami akan kongsikan dengan lebih lanjut mengenai Tyre Stopper by LAAWRI WORKSHOP dalam entry berikutnya.

Untuk info, hubungi: 
Hotline: 017 - 429 2606 / 010 - 552 6067

Your Truck - Our Best Mate

You May Also Like

0 comments