Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Diwajibkan Mulai 1 Januari 2020

by - November 18, 2019

Anda boleh KLIK DI SINI untuk membaca liputan berita mengenai Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Diwajibkan Mulai 1 Januari 2020 yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia.

Photo Credit to Berita Harian Online

Sekiranya anda mengikuti perkembang di social media, terutamanya Facebook, anda pasti dapat membaca pelbagai pandangan daripada rakyat Malaysia, khususnya ibu bapa berhubung perkara ini. Ada yang bersetuju dan ada yang membantah. 


Kenapa ada yang membantah sedangkan ia adalah sebagai langkah keselamatan untuk anak-anak? Ada yang berkata bahawa, kerajaan tidak mengambil kira tentang kemampuan ibu bapa dari segi kewangan untuk membeli car seat dan kereta tidak muat untuk diisi dengan child car seat untuk mereka yang mempunyai kereta kecil dan/atau bilangan anak yang lebih dari 3 orang yang semuanya dalam peringkat umur yang diwajibkan menggunakan child car seat. Betul juga pendapat ini, kan?


Adakah dengan cara membeli kereta baru (MPV), yang ternyata harganya mungkin diluar kemampuan mereka. Takkan kerana nak pasang child car seat, sehingga perlu beli kereta baru? Berbelanja lagi diluar kemampuan dengan bebanan hutang baru? 


Sehingga saat ini, perkara ini masih lagi menjadi isu. Kita sudah pun berada dalam pertengahan bulan November 2019. Lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi, 1 Januari 2020 akan menyapa kita. Bagaimana dengan persediaan anda berhubung perkara ini?



Apa pun, semoga pihak kerajaan akan memberikan subsidi atau alternatif kepada ibu bapa yang tidak mampu untuk membeli child car seat dan juga tidak mampu membeli kereta baru yang lebih besar dan sesuai untuk meletakkan child car seat untuk semua anak mereka yang berada dalam kategori umur yang diwajibkan memakai child car seat. 



Kami di LAAWRI Workshop menyokong saranan kerajaan ini. Kerana kami berada dalam industri automobil, sangat mengetahui apakah kesan kemalangan pada kanak-kanak antara yang memakai child car seat atau sebaliknya. 


Kami mendoakan agar ibu bapa semua dipermudahkan dan diberikan rezeki oleh Allah Taala untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Tiada ibu bapa yang inginkan kemudaratan berlaku kepada permata hati mereka, namun andainya ia adalah diluar kemampuan, hanya kepada Allah jua kita memohon pertolongan dan perlindungan. Namun, selagi mampu berusaha, berusahalah wahai ibu dan ayah. InsyaAllah ada rezeki anda. 


You May Also Like

0 comments