10 PERKARA TENTANG USAHAWAN - PART 1
SUMBER: FACEBOOK DATO ROSLAN AB HAMID
Pertama:
Rata-rata usahawan yang ada bakat bisnes adalah mereka yang introvert. Kajian menunjukkan kadarnya dalam 10 orang ,8 adalah introvert. Mereka bukan kaki sembang kedai kopi, bukan pemain politik yang suara berdegar macam pelakar, bukan juga penjual yang rajin menjerit laung.
Orang introvert adalah orang yang recharge dirinya tatkala bersendirian dalam gua masing-masing. Mereka boleh jumpa orang tapi bukan dalam jangka masa yang lama. Sekejap-sekejap.
Ini bukan bermakna orang extrovert bukan usahawan. Cuma kadarnya 2 dari 10 orang usahawan.
Kedua:
Mereka ambil risiko pelaburan. Mereka bukan kaki perjudian. Pelaburan adalah apabila risiko itu 80:20 . Perjudian adalah apabila situasi jadi 50:50.
Ketiga:
Usahawan bukan orang yang ikut peraturan dalam zon selesa. Mereka rimas ditempat kerja dalam bangunan tinggi berhawa dingin. Mereka mahu cabaran berpanas dan berembun dalam zon huru-hara. Mereka penuh parut luka, kecewa sengsara. Namun ketagih mereka untuk bangkit andai jatuh menjadikan diri mereka usahawan.
Keempat:
Mereka bertindak. Mereka tidak masuk perangkap bercakap. Mereka buat-buat buat sampai dapat. Mereka juga tidak masuk jerat rezeki. Hanya buat apa yang mereka minat dan pandai sahaja. Mereka buat apa yang nampaknya boleh datangkan pulangan pendapatan dengan bersyarikat dengan orang yang tidak serupa bayangan wajah macam mereka.
Kelima:
Mereka Yakin Diri. Bukan angkuh. Tetapi yakin. Mereka ada A-bility. Mereka tahu bagaimana mahu buat. Mereka buat. Mereka pandai ilmu seni balairongseri. Mereka perbesarkan Accept - A - bility.
(bersambung)
Jika anda ingin tahu lagi 5 Perkara Tentang Usahawan, nantikan entry seterusnya, kami akan kongsikan lagi perkongsian ini daripada Dato Roslan Ab Hamid.
0 comments