Servis Yang Telus (Transparent)

by - June 07, 2023

Antara misi LAAWRI WORKSHOP semasa penubuhannya adalah untuk memberi servis yang telus / transparent di dalam setiap servis baikpulih yang dilakukan.


Pelanggan boleh melihat lori mereka dibaiki, dengan syarat keselamatan diri wajib dijaga. Semasa melihat mekanik sedang servis atau repair lori, jangan diajak bergurau sama mekanik.

Hanya melihat dan memerhati apa yang mereka tukar dan pasang kembali alatganti.

Mengambil kira kerana setiap pemilik lori telah mencapai usia matang, makanya pastilah boleh menjaga keselamatan di tahap yang tertinggi.

  • Apa kerosakan yang berlaku?
  • Apa alatganti / sparepart yang perlu di tukar?
  • Apa yang perlu dibuat dengan keadaan lori ini?

Semua akan dibagitahu dengan jelas... waima lori boleh meneruskan perjalanan atau perlu dibaikpulih terlebih dahulu.

Kerana yang utama, agar lori berada dalam keadaan baik dan nyawa pemandu selamat.

Sejauh manapun perjalanan pergi dan pulang, kami pasti setiap pemandu lori wajib sampai ke pangkuan yang tersayang dengan selamat.

"Servislah lori bila tiba masanya."



LAAWRI Workshop
Your Truck - Our Best Mate
Workshop Lori berada di Shah Alam , Selangor.

You May Also Like

0 comments