Berhati-hati di Jalan Raya

by - July 14, 2015

Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat 17hb Julai 2015. Kami di LAAWRI WORKSHOP pasti kita semua semakin teruja untuk menyambut hari kemenangan bagi Umat Islam. 

Pulang ke kampung halaman adalah agenda utama yang menjadi kemestian buat kebanyakan daripada kita. Inilah masa untuk bertemu ibu bapa, kaum keluarga dan sahabat handai.

Bagi yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung atau ke mana jua, kami di LAAWRI WORKSHOP ingin memberikan pesanan kasih sayang kepada anda berkenaan pemanduan kenderaan.

Pemanduan berhemah dan penuh kesabaran mampu menyelamatkan nyawa dan kenderaan anda dan orang lain.

Berhati-hati di jalanraya.


Tindakan anda menentukan masa depan anda dan insan tersayang. Semoga kepulangan kita adalah kepulangan yang diraikan dengan kesyukuran dan kegembiraan.




Pesanan Ikhlas daripada;
LAAWRI WORKSHOP
Your Truck - Our Best Mate

You May Also Like

0 comments