Lakukan Servicing ke atas Lori Anda Jika Sayangkannya

by - January 02, 2015

Teks & Image: Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd.


Badan manusia perlukan sekurang-kurangnya 3 liter air masak setiap hari (bergantung kepada umur dan berat badan) sebagai langkah asas penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

Ini adalah salah satu daripada 'service & maintenance' yang mesti dibuat setiap hari jika anda sayangkan badan anda. 


Begitu juga dengan kenderaan. Ia perlu menjalani proses servicing secara berkala untuk memanjangkan jangka hayatnya agar dapat mengelakkan daripada kerosakan secara total. 


Di sini dikongsikan perkhidmatan Normal Servicing yang dilakukan di bengkel AA Auto Workshop Sdn. Bhd. ke atas sebuah Lori Hino J08C.




Bagaimana kita nak tahu, bilakah lori anda perlu dihantar ke bengkel untuk Normal Servicing?


Jawapan:
Ia perlu dihantar pada setiap 10 ribu km.





Semasa normal servicing, apakah yang dilakukan oleh mekanik ke atas lori anda?

Jawapan:
Mekanik akan melakukan perkara berikut:
1. Menukar minyak hitam
2. Menukar air filter
3. Menukar fuel filter
4. Menukar oil filter


Sayangi lori anda. Servis-lah secara berkala agar ia dapat berkhidmat dengan baik dan selamat. Dapatkan perkhidmatan ini di bengkel kami: Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd. 

You May Also Like

0 comments