Khidmat Bengkel 24 Jam Setiap Hari

by - November 19, 2014

Assalamualaikum.

Salah satu perkara yang pemandu kenderaan tidak dapat menjangkakan dan mohon dijauhkan ialah kemalangan dan kerosakan. Namun begitu, sebagai manusia sehebat mana pun kita menjaga kenderaan dan merancang perjalanan, kita tidak tahu apa yang akan berlaku.

Segalanya adalah ketentuan Allah Taala, kita hanya mampu berdoa dan berusaha agar segalanya selamat dan dipermudahkan. Malah setiap agama pun pasti yakin bahawa Tuhan masing-masing berkuasa atas segala-galanya.

Contoh kejadian kerosakan lori yang tidak dapat dijangka. Berlaku di Gopeng Perak menjelangnya Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Kami di Legacy AA menerima panggilan telefon daripada pelanggan kami bahawa berlaku kerosakan lori. 

Pihak kami bergegas ke sana (boss sendiri turun padang!) untuk membantu pemandu berkenaan membaikpulih lorinya. Alhamdulillah, walaupun sana-sini jalanraya dan lebuhraya sesak, kami selamat sampai dari Shah Alam ke Gopeng, Perak demi pelanggan yang kami hargai.


Justeru itu, jika anda menemui blog Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd ini, kami ucapkan Alhamdulillah dan Tahniah, kerana mungkin satu hari nanti anda, syarikat anda atau kenalan anda memerlukan perkhidmatan Bengkel 24 JAM sehari daripada kami.


Disarankan agar anda menyimpan contact details kami untuk kemudahan anda pada masa akan datang sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kala terutamanya disaat kecemasan.


BREAKDOWN SERVICE 24 HOURS STANDBY, CONTACT:

Tuan Zai: 017 - 4789 335
Cikpuan Zalikha: 012 - 4038 335
Puan Lia: 012 - 4728 335


Kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda, para pelanggan yang kami hargai. Kualiti perkhidmatan adalah jaminan kami.

You May Also Like

0 comments